KETAHUILAH WAHAI WANITA...
::seorang lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak akan membiarkan anda pergi , tidak kira bagaimana sukar keadaan sekalipun::
::seorang lelaki yang benar-benar menyayangi anda tidak akan pernah membiarkan anda mengalirkan airmata anda hanya kerana kesalahannya::
::seorang lelaki yang benar-benar mengasihi anda adalah lelaki yang boleh mengasihi dan menerima segala kelebihan dan kekurangan anda::
::seorang lelaki yang setia cintanya tidak akan berani mencuba untuk menduakan cinta anda dan membuatkan anda ragu terhadap cintanya kerana hatinya teguh pada yang satu::
::seorang lelaki yang tulus menyayangimu akan menzahirkan sepenuh hati rasa sayangnya tanpa mengharapkan sebarang ganjaran daripada anda::
::seorang lelaki yang ikhlas kasihnya tidak akan mengambil kesempatan atas kasih sayang yang telah anda berikan::
::seorang lelaki yang benar-benar mencintai anda akan melakukan pelbagai cara untuk membahagiakan anda dan meyakiti anda adalah perkara yang paling ingin dielakkan::
::seorang lelaki yang benar-benar jujur cintanya tidak akan pernah merahsiakan apa pun daripada pengetahuan anda::
::seorang lelaki yang menitikberatkan hukum-hukum Allah dalam berkasih dan rasa sayang yang tiada berbelah bahagi terhadap penciptaNYA itu adalah lelaki yang selayaknya menerima cinta , kasih & sayang anda::
KETAHUILAH WAHAI LELAKI...
::seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan marah kat anda utk banyak perkara, tetapi masih terima anda seadanye walaupun anda telah menyakiti hatinya::
::seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan marah kat anda utk banyak perkara, tetapi masih terima anda seadanye walaupun anda telah menyakiti hatinya::
::seorang wanita yang benar-benar menyayangi anda akan sentiasa berada di samping anda kala susah mahupun senang::
::seorang wanita yang benar-benar mengasihi anda akan sentiasa mendoakan kesejahteraan anda walau dimana sekalipun anda berada::
::seorang wanita yang setia kasihnya tidak akan pernah menggantikan posisi anda di hatinya untuk lelaki yang lain dalam tempoh yang cukup singkat::
::seorang wanita yang tulus menyayangi anda akan sanggup melakukan pengorbanan demi melihat anda bahagia ::
::seorang wanita yang ikhlas hatinya mengasihi anda tidak akan sanggup melukakan hati anda walaupun terpaksa melukakan hati sendiri::
::seorang wanita yang menyayangi anda sepenuh hati akan mudah terluka dgn setiap patah bicara atau perbuatan anda ::
::seorang wanita adalah untuk dilindungi dan dikasihi bukan untuk dipuja atau disakiti::
::seorang wanita yang tinggi nilai cintanya adalah wanita yang cinta kepada diri,keluarga,dan agama::
::seorang wanita yang selayaknya dicintai adalah wanita yang menjaga maruah diri & maruah keluarga::
::seorang wanita adalah untuk dibimbing dan hati nya yang suci jangan sesekali anda nodai dgn cinta palsu mu::
p/s : hargailah insan yang sentiasa menyayangi anda kerana apabila anda kehilangannya anda akan menanggung penyesalan seumur hidup anda..
REMEMBER ~| IT TAKES 1 SECOND TO FALL IN LOVE BUT IT WILL TAKE THE WHOLE OF YOUR LIFE TO FORGET THE LOVE |~
♥♥♥